Manfaat Hebat Vitamin E

 Assalamualaikum semua. Kali ni saya nak kongsikan manfaat-manfaat hebat Vitamin E! 

Vitamin E merupakan vitamin larut lemak dan boleh didapati daripada makanan seperti biji buah, kacang, sayuran dan juga dari supplement.



Untuk pengetahuan semua, vitamin E ada 8 jenis dan hanya satu sahaja yang memenuhi keperluan badan kita iaitu alpha-tocopherol.

Manfaat vitamin E yang terkenal adalah sebagai anti-oksidan hebat, melindungi sel-sel dari kerosakan oksidatif dengan meneutralkan radikal bebas. Selain itu ia juga diperlukan untuk sistem imunisasi badan.

Di bawah saya senaraikan 8 lagi manfaat berpotensi untuk kesihatan tubuh kita;

1. Mengurangkan tekanan oksidatif & menambah baik perlindungan antioksidan 

Tekanan oksidatif adalah kejadian dimana ketidak seimbangan antara ketahanan antioksidan dan penghasilan atau pengumpulan reactive oxygen species (ROS). ROS akan menyebabkan kerosakkan selular & meningkatkan risiko menghidapi penyakit.

Disebabkan vitamin E adalah antioksidan yang hebat, pengambilan supplemen vitamin E mampu mengurangkan penanda untuk tekanan oksidatif dan meningkatkan ketahanan antioksidan.

2. Berpotensi mengurangkan faktor risiko penyakit jantung

Tekanan darah tinggi & bacaan lipid darah tinggi seperti LDL (kolestrol jahat) dan trygliceride berpotensi meningkatkan risiko menghidapi penyakit jantung.

Kajian mendapati supplemen vitamin E  mampu menurunkan tekanan sistolik. Apabila vitamin E diambil bersama supplemen omega-3 juga dapat kurangkan paras LDL & triglycerides dalam individu yang mempunyai sindrom metabolik.

3. Berpotensi memberi manfaat kepada pesakit hati berlemak 

Dalam beberapa kajian, vitamin E ditemui dapat mengurangkan paras darah lipid & meningkatkan kesihatan hati.

4. Bantu atasi senggugut (dysmenorrhea)

Vitamin E dapat mengurangkan sakit menstrual apabila diambil hari-hari pada dos 200 IU. Kesan lebih baik didapati apabila ditambah dengan supplemen omega-3 yang mengandungi 180mg EPA & 120mg DHA.

Lagi satu kajian pula, pengambilan supplemen vitamin E & C selama 8 minggu bantu mengurangkan sakit pelvis & senggugut pada wanita yang mempunyai endometriosis.

5. Memberi manfaat pada kesihatan kulit

Vitamin E berpotensi memberi manfaat pada mereka yang mempunyai penyakit kulit seperti ekzema.

6. Berpotensi memberi manfaat untuk kesihatan kognitif 

Mengekalkan paras vitamin E yang optimum dalam badan berpotensi dapat melindungi daripada kemerosotan kognitif.

7. Vitamin E lebih bermanfaat pada usia lanjut

Disebabkan fungsi vitamin E dalam mengurangkan keradangan dan meningkatkan fungsi imun badan; dapat membantu mereka yang berusia dan yang memerlukan.

8. Berpotensi menambah baik fungsi paru-paru

Beberapa kajian yang dijalankan telah menunjukkan bahawa supplemen vitamin E menambah baik fungsi paru-paru dan simptom asthma pada kanak-kanak & dewasa.

Perlukan supplemen vitamin E? Shaklee ada!

Oleh sebab vitamin E adalah vitamin larut lemak, overdose boleh berlaku kerana vitamin E dapat disimpan dalam badan, berbeza dengan vitamin larut air.

Jadi sekiranya anda individu yang;

  • Tidak amalkan makan kekacang setiap hari
  • Lebih ambil ayam sebagai sumber protein
  • Kurang pengambilan sayur & buah-buahan 
  • Tidak gemar makan bijirin
Anda perlu amalkan supplemen vitamin E untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan 😄. Berminat untuk baca lebih banyak info vitamin E? Boleh singgah post Vitamin E

Nak order? Tekan link dibawah 👇🏼🤗


Shamshia Rosly 
Pengedar Shaklee Sungai Buloh 
Instagram: shamshiarosly

#NextlevelBlogging
#Shakleetriump2023
#Shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023

Comments